berita maresmart

Covid Police: Celik dan Cegah COVID-19

Patuhi SOP! Program COVID POLICE: CELIK & CEGAH COVID-19 anjuran Unit Bimbingan dan Kuanseling diadakan menggunakan Zoom Webinar dan stream kepada FB Doctors for Community. Seramai lebih kurang 250 orang pelajar tingkatan 4 terlibat dalam program ini. Sesi yang dijalankan secara interaktif dengan menggunakan Zoom, Mentimeter dan Slido amat mengujakan. […]
Digital Ninja Accelerator Lab x Tahniah diucapkan kepada anakanda Ainna Hanani dari kelas 411 yang telah melayakkan diri bersama ahli kumpulannya ke peringkat separuh akhir Accelerator Lab, Digital Ninja 2020 anjuran MDEC. Pertandingan separuh akhir akan berlangsung pada hari Khamis 8 Oktober 2020. Semoga berjaya Ainna !
Maresmart Mengundi! Pada 25 Ogos 2020, MRSM Taiping telah mengadakan Pilihanraya Maktab. Seramai 562 orang pelajar telah keluar mengundi untuk memilih calon Badan Wakil Pelajar bagi sesi 2020/2021. Proses pengundian berlaku secara dalam talian. Pengundian dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak maktab. 
Kita jaga kita MRSM Taiping menyediakan video simulasi pematuhan SOP Covid-19 sebagai rujukan kepada pelajar dan ibu bapa MRSM Taiping.