Homeroom

Idea mengenai Homeroom ini telah diperkenalkan sejak tahun 1972 di MRSM Seremban dan kemudiannya dikembangkan ke MRSM lain. Sejak itu program Homeroom menjadi sebahagian program yang tidak boleh dipisahkan daripada program lain di MRSM.
Program Homeroom sebagai teras kepada sistem pendidikan MRSM adalah untuk mendidik pelajar menjadi matang dan menjadi manusia lengkap untuk menghadapi cabaran masa depan. Proses pendidikan ini dibimbing oleh seorang guru penasihat. Di samping selalu proses pembelajaran akademik, pelajar juga akan didedahkan dengan budaya penerokaan sejajar dengan penerokaan di bidang Sains (Scientific Enquiry) melalui program pengayaan.

Sekumpulan pelajar sebaya (12 – 15 orang) menjalani hidup bersama dalam suasana persaudaraan dengan seorang guru penasihat yang berfungsi sebagai pembimbing dan penjaga dalam ruang dari waktu yang tidak terbatas.

Homeroom di MRSM harus berfungsi seperti di bawah:
  1. Sebagai Satu Unit Keluarga 
    • Guru penasihat sebagai pengganti ibubapa perlu merasakan bahawa pelajar jagaannya adalah seperti anak atau keluarganya sendiri dalam memberikan mereka bimbingan dan didikan.
  2. Saluran Mengesan dan Menyelesaikan Masalah
    • Menjadi satu medan dan lebih praktikal dalam mengesan dan menyelesaikan masalah pelajar, tempat untuk mengadu hal dan membincangkan permasalahan mereka.
  3. Saluran Pembentukan Sikap
    • Satu saluran untuk membentuk sikap positif seperti sikap bertanggungjawab, berani mencuba, tidak mudah putus asa, sanggup menerima risiko atau kritik secara rasional, memupuk dan mengukuhkan sikap berdikari, menghasilkan kerja dengan baik, membantu orang lain, bersaing untuk sesuatu yang baik dengan cara yang baik. Ia juga berfungsi untuk mengesan dan menghapuskan sikap negatif di kalangan pelajar.
  4. Medan Pembentukan Keperibadian
    • Membentuk dan memupuk sifat yang mencerminkan keperibadian warga Malaysia yang matang, bersahsiah yang dinamis, bertatasusila, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.
  5. Saluran Mengembangkan Minat
    • Mengesan bakat, minat, perasaan ingin tahu dan menyalurkannya mengikut kemampuan pelajar,memberikan dorongan dan bimbingan kepada pelajar untuk mengembangkan bakat atau minat serta meninggikan motivasi pencapaian pelajar dalam bidang yang diceburi oleh mereka.
  6. Badan Kebajikan
    • Menjaga kebajikan ahli dalam aspek kehidupan dan mengukuhkan perpaduan dan persefahaman di kalangan pelajar, memberikan pengetahuan atau pengalaman mengendalikan mesyuarat,membuat keputusan, melaksanakan aktiviti atau projek, memperkaya dan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran meliputi kegiatan riadah, sosial dan akademik untuk faedah pelajar.
  7. Unit Pentadbiran
    • Memudahkan urusan pentadbiran berkaitan pelajar dengan memberikan kerjasama kepada pihak yang berkenaan dalam kerja pengumpulan data dan penyediaan laporan serta melaksanakan peraturan pentadbiran dan disiplin pelajar.
  8. Alat Perpaduan
    • Menyatukan pemikiran dan tanggapan pelajar yang datang dari berbagai latar belakang sosioekonomi, meminimumkan perbezaan sosio ekonomi dan menggalakkan pelajar untuk bekerja secara kumpulan dengan nilai kerjasama yang tinggi.
  9. Agen Pemasyarakata
    • Menjadi agen pemasyarakatan untuk membolehkan pelajar memahami cara hidup, adat kebiasaan dan nilai masyarakat dengan mengembangkan proses pendidikan formal dengan proses pemasyarakatan pelajar, mendekat dan menghubungkan cara hidup dan pemikiran pelajar dengan perkembangan dalam masyarakat dan negara.
Program Homeroom sebagai teras kepada sistem pendidikan MRSM adalah untuk mendidik pelajar
menjadi matang dan menjadi manusia lengkap untuk menghadapi cabaran masa depan.
Oleh yang demikian, adalah diharapkan Homeroom memainkan peranan berikut:
  1. Menjadi teras dan pusat kegiatan seluruh aktiviti pembelajaran dan perkembangan pelajar semasa mereka menjadi pelajar MRSM.
  2. Mengujudkan suasana pembelajaran yang lebih hidup dan praktikal berasaskan hubungan mesra. Ini boleh memberikan kepuasan belajar kepada individu atau kumpulan.
  3. Melengkapkan diri pelajar-pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan pengalaman ke arah melahirkan individu yang berfikiran rasional, kritikal, berpandangan jauh, cepat dan tepat membuat keputusan mahupun secara individu atau kumpulan.
  4. Membentuk sikap dan sahsiah yang dinamis, berinisiatif, sanggup bekerja keras, berani mencuba, tabah, bercita-cita tinggi, bertanggungjawab dan berdikari.
  5. Menyedia dan melengkapkan diri pelajar-pelajar dengan nilai-nilai masyarakat dan negara.
Organisasi Unit Pembangunan Homeroom
Pengerusi
TPPP
Fauzi Bin Raman

Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar

mona
Monaliza Bin Mohamad

Penyelaras Unit Pembangunan Homeroom

Mazlina Mat Rashid

Setiausaha

Alaina Syofni Hasan Nudin

AJK

Wan Nor Izah Wan Endut

AJK

Norlela Binti Sapari

AJK

Norhayati Binti Mohd Shakawi

AJK

Zahari Bin Bakri

AJK

Raja Zarina Bt Raja Ahmad Kamar

AJK

Muhammad Syukri Sulaiman

AJK

Noriah Maharam

AJK