Program Gemilang

Program Gemilang merupakan program akademik yang disusun untuk memberi kelas tambahan kepada para pelajar. Selain itu Program Gemilang juga menyusun program bukan akademik seperti program-program motivasi, majlis-majlis anugerah dan juga aktviti yang diaturkan oleh kaunselor

pROGRAM GEMILANG SPM 2020 (pg2020)

Program Gemilang SPM 2020 bermula seawal Julai 2019 yang melibatkan semua subjek Tingkatan 4 dan 5. Aktivti seperti seminar, kelas tambahan dan program mentor mentee diadakan bagi membantu pelajar-pelajar MRSM Taiping mencapai kecemerlangan yang berterusan.

PROGRAM GEMILANG SPM 2021(pg2021)

Program PG 2021 bermula pada 17 Ogos 2020. Program yang diadakan adalah memberi kelas tambahan kepada para pelajar tingkatan 4 yang tercicir dalam Pdp sepanjang PKP. Antara subjek yang terlibat adalah subjek kritikal iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan. Program ini dijalankan pada setiap hari isnin minggu Beta.