unit peperiksaan dan penilaian maktab

MRSM telah memperkenalkan sistem penilaian berdasarkan Purata Nilaian Gred (PNG) mulai tahun 1986. Di bawah sistem ini, pencapaian pelajar pada akhir semester akan dikelaskan mengikut gred abjad yang diberi mata nilaian seperti berikut; 

GRED

NILAI GRED

A+

4.00

A

4.00

A-

3.75

B+

3.50

B

3.25

B-

3.00

C+

2.75

C

2.50

C-

2.25

D

2.00

E

1.00

F

0.00

Semua kursus pada setiap semester akan diberi jam kredit dan mempunyai kod kursus tertentu. Kursus-kursus ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu

  1. Kursus Teras
    • Terdiri daripada subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar untuk peperiksaan SPM.
  2. Kursus Elektif
    • Elektif Wajib : Terdiri daripada subjek Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan
    • Elektif Pilihan : Terdiri daripada subjek peperiksaan mengikut jurusan yang diambil oleh pelajar menengah atas
  3. Kursus Khas
    • Wajib diambil oleh semua pelajar sebagai memenuhi syarat graduasi
  4. Kursus Pembangunan Sahsiah
    • Pelajar boleh memilih kursus yang diminati asalkan memenuhi syarat graduasi. Kursus ini terbagahi kepada 3 kategori iaitu;
      • Kelab dan Persatuan
      • Badan Beruniform
      • Sukan dan Permainan
  1. Mesti mendapat TPNG tidak kurang 2.00.
  2. Kursus Teras dan Elektif;
    • Mesti lulus semua kursus sekurang-kurangnya 141 jam kredit dengan 172 jam kredit (bagi pelajar yang mengambil 9 subjek SPM)
    • Mesti lulus semua kursus Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Sejarah
  3. Mesti lulus semua Kursus khas seperti berikut;
    • BIL

      Kursus Khas

      Jam Kredit

      1

      Sains Komputer (KSK)

      2

      2

      Pembangunan Kerjaya (KPD)

      2

      3

      Kemahiran Berfikir (KKB)

      2

      4

      Program Keusahawanan (KPU)

      2

      5

      Kemahiran Amalan Belajar (KAB)

      2

      6

      Kursus Senireka (KSR) – Tingkatan 4

      2

      7

      Kursus Senireka (KSR) – Tingkatan 4

      2

  4. Mesti lulus semua Kursus Pembangunan Sahsiah iaitu;
    • BIL

      Kursus Khas

      Jam Kredit

      1

      Kelab / Persatuan

      1

      2

      Sukan / Permainan

      1

      3

      Badan Beruniform 

      4

  5. Pelajar terpilih menganggotai Sekretariat Kepimpinan Pelajar (SKP) boleh diberi pelepasan daripada menghadiri Kelab / Persatuan / Sukan Permainan.
  6. Dengan persetujuan Senat Maktab, pelajar yang gagal memenuhi 1 dan 2 jam kredit dalam Kelab / Persatuan dan dalam Sukan / Permainan, boleh menggantikannya dengan mana-mana yang berkaitan;
    • Mewakili maktab dalam aktiviti kokurikulum akademik atau projek SEM Type III (untuk kelab/Persatuan sahaja), atau
    • Mewakili maktab dalam aktiviti kokurikulum ¬†(untuk Sukan / Permainan sahaja), atau
    • Tugasan yang ditetapkan oleh penasihat.
  7. Pelajar tidak boleh gagal dalam Badan Beruniform.

Keperluan Jam Kredit

KURSUS

SEMESTER

JUMLAH

GRADUASI

JENIS

SUBJEK

I

II

III

IV

(JAM KREDIT)

A

TERAS

BMM

5

5

5

5

20

52/52

(Wajib lulus)

BBI

5

5

5

5

20

PSJ

3

3

3

3

12

MMM

4

4

4

4

16

36/48

(Tidak boleh gagal > 2 kali bagi mana-mana SATU subjek dalam 4 Semester)

PJK

2

2

2

2

8

PSK

2

2

2

2

8

PAI

4

4

4

4

16

B

ELEKTIF WAJIB

MMT

5

5

5

5

20

41/56

(Tidak boleh gagal > 2 kali bagi mana-mana SATU subjek dalam 4 Semester)

SFZ

5

5

5

5

20

SKM

4

4

4

4

16

C

ELEKTIF PILIHAN

SBO

4

4

4

4

16

12/16

(Tidak boleh gagal > 1 kali bagi mana-mana SATU subjek dalam 4 Semester)

SRC

4

4

4

4

16

PPA

4

4

4

4

16

PSV

4

4

4

4

16

PTI

4

4

4

4

16

JUMLAH

43

43

43

43

141/172

Syarat Graduasi : 

Jam Kredit >= 141

Untuk tujuan graduasi Tingkatan 5 adalah seperti berikut;

  1. Sijil Graduasi Kelas Pertama dianugerahkan kepada pelajar yang mencapai TPNG 3.50-4.00
  2. Sijil Graduasi Kelas Kedua (Atas) dianugerahkan kepada pelajar yang mencapai TPNG 3.00-3.49
  3. Sijil Graduasi Kelas Kedua (Bawah) dianugerahkan kepada pelajar yang mencapai TPNG 2.00 – 2.99
  4. Pada akhir semester, pelajar memperoleh PNG 3.5 dan ke atas akan dianugerhkan dengan Sijil Penghormatan Pengetua

Penilaian Kursus Teras dan Elektif

Proses penilaian ini merupakan sistem pengukuran pencapaian pelajar dalam kursus tersebut. Penilaian ini dibuat seperti berikut;

Penilaian

Peratusan

Peperiksaan Semester

60%

Ujian Bulanan

30%

Tugasan / Kuiz

10%

Jumlah

100%

Peperiksaan Ulangan

Peperiksaan ulangan diadakan sebagai peperiksaan gantian bagi pelajar yang:

  1. Mendapat gred ‘F’ bagi mana-mana kursus teras atau elektif bagi semester berkenaan.
  2. Mendapat gred ‘D’ dan ‘E’ mana-mana kursus teras atau elektif jika TPNG kurang daripada 2.00
  3. Mendapat gred Tidak Selesai (TS) pada Peperiksaan Akhir Semester atas sebab yang dibenarkan oleh Senat.
Pengiraan markah peperiksaan ulangan adalah seperti berikut;
  1. Bagi pelajar yang mendapat gred ‘D’, ‘E’ dan ‘F’ markah peperiksaan adalah 100% tanpa mengambilkira markah ujian selaras maktab dan kerja kursus, gred tertinggi yang boleh diperoleh ialah ‘B-‘
  2. Bagi pelajar yang mendapat gres TS pengiraan markah PNG pelajar adalah seperti berikut;
    • Peperiksaan ulangan : 60%
    • Ujian Selaras maktab : 30%
    • Kerja Kursus ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬†: 10%
  3. Gred asal akan dikekalkan jika pelajar memperoleh gred ulangan yang lebih rendah.
  4. Masa untuk mengadakan peperiksaan ulangan ini pada minggu ke 2 hingga minggu ke 4 pada semester berikutnya. Gred abjad yang didapati dalam peperiksaan ulangan akan dicatatkan dalam transkrip.
  5. Peperiksaan ulangan tidak akan diadakan bagi Peperiksaan Percubaan SPM untuk pelajar Tingkatan 5.
  6. Penyata keputusan pelajar akan dikeluarkan kepada pelajar pada akhir setiap semester.
  7. Permohonan untuk mendapatkan salinan Transkrip boleh dibuat dengan bayaran RM 5.00 satu salinan. 

Kes Meniru

Jika pelajar didapati sah meniru atau bersubahat akan dikenakan tindakan berikut;

  1. Pelajar dibenarkan meneruskan peperiksaan tersebut tetapi diberi markah ‘0’ untuk kertas yang sedang diduduki sahaja.
  2. Pelajar tidak dibenarkan mengambil peperiksaan ulangan bagi subjek berkenaan.
  3. Pelajar dikenakan tindakan tatatertib atau disiplin mengikut peraturan sedia ada.

Tidak Hadir Peperiksaan

  1. Tidak Hadir dengan kebenaran
    • Pelajar akan diberi markah ‘0’ mengikut sistem eSppng bagi mendapatkan Gred TS (Tidak Selesai)
    • Jam Kredit subjek berkenaan tidak diambil kira dalam pengiraan PNG dan TPNG
    • Pelajar dibenarkan menduduki peperiksaan ulangan dan boleh memperoleh sehingga gred ‘A+’.
  2. Tidak Hadir tanpa kebenaran
    • Pelajar akan diberi markah ‘1’ mengikut sistem eSppng bagi mendapatkan Gred G (Gagal)
    • Jam Kredit subjek berkenaan diambil kira dalam pengiraan PNG dan TPNG
    • Pelajar dibenarkan menduduki peperiksaan ulangan dan boleh memperoleh maksimum gred ‘B-‘.
  3. Pelajar yang digantung persekolahan
    • Pelajar tidak dibenarkan menduduki ujian selaras maktab / peperiksaan akhir semester dalam tempoh hukuman
    • Bagi peperiksaan Akhir SPMRSM, pelajar dibenarkan mengambil peperiksaan pada hari peperiksaan dibawah pemantauan ibubapa.